Monday 11 August 2014

PENGAJIAN MALAYSIA - Kump 2

KESATUAN MALAYA 
(MALAYAN UNION)


Proses Pembentukan Kesatuan Malaya (Malayan Union)
  • British memperkenalkan pentadbiran ini dan diluluskan pada 10 Oktober 1945
  • Sir Harold Mac Michael (wakil British) mendapatkan tandatangan daripada 9 orang Raja-raja Melayu
  • Malayan Union diluluskan secara rasmi pada Januari 1946

Tujuan Pembentukan
  • Penyatuan wilayah-wilayah pentadbiran berasingan
  • Meningkatkan kecekapan Pentadbiran
  • Perasaan anti-Melayu
  • Percubaan British ke arah pemerintahan sendiri oleh rakyat tempatan, tetapi mengikut ciri politik British
  • Langkah penyatuan politik

Syarat-syarat Utama Malayan Union
  • Semua negeri Melayu termasuk Melaka dan Pulau Pinang disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British
  • Singapura dikeluarkan daripada persekutuan dan dijadikan Tanah Jajahan Mahkota British
  • Kedaulatan Raja-raja Melayu dihapuskan
  • Hak kerakyatan diberi sama rata tidak kira bangsa mahupun keturunan
  • Seorang Pesuruhjaya Negeri akan dilantik di setiap negeri


Faktor Penentangan Malayan Union
  • Kehilangan Kedaulatan Raja
  • Kaedah Sir Harold Mac Michael mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu
  • Pemberian kewarganegaraan secara jus soli
  • Malayan Union digubal tanpa mendapatkan pandangan orang Melayu
  • Menyalurkan bantahan melalui pertubuhan Malayan Democatric Union (MDU)
  • Dilakukan kerana merasa mereka tidak mendapat apa-apa kelebihan yang istimewa
  • Malayan Union dikatakan tidak demokratik kerana tidak menyatukan Singapura ke dalam kesatuan ini
  • Masyarakat tempatan  memulaukan Malayan Union dengan cara tidak menghadiri majlis pelantikan gabenor
  • Berkabung selama seminggu dengan melilit kain putih di songkok

Penentangan Terhadap Malayan Union
  • Orang Melayu menunjukkan rasa tidak puas hati melalui akhbar (Majlis & Utusan Melayu)
  • Dato’ Onn Jaafar (Presiden Perstuan Melayu Johor) membuat persidangan bersama 41 pertubuhan Melayu (Mac 1946)
  • Hasilnya, Kongres bersetuju memulau penubuhan Malayan Union
  • Perkabungan selama 7 hari (April 1946)
  • Tunjuk perasaan di bandar-bandar spt Kuala Lumpur, Johor Bharu dan Alor Setar
  • Malayan Union juga ditentang oleh sebahagian kecil orang bukan Melayu
  • Menyalurkan bantahan melalui pertubuhan Malayan Democatric Union (MDU)
  • Dilakukan kerana merasa mereka tidak mendapat apa-apa kelebihan yang istimewa
  • Malayan Union dikatakan tidak demokratik kerana tidak menyatukan Singapura ke dalam kesatuan ini
  • Masyarakat tempatan  memulaukan Malayan Union dengan cara tidak menghadiri majlis pelantikan gabenor
  • Berkabung selama seminggu dengan melilit kain putih di songkok

Punca Kegagalan Malayan Union
  • Tentangan hebat daripada orang Melayu
  • Kebangkitan semangat nasionalisme orang Melayu
  • Segolongan bekas pegawai tadbir British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu spt Frank Swettenham, R.O. Windstedt dan George Maxwell turut merasa tidak puas hati dengn penubuhan ini
  • Bantahan-bantahan mereka turut disalurkan melalui akhbar di London
  • Akhir sekali, Malayan Union dibatalkan dan diganti dengan pemerintahan baharu dikenali sebagai Persekutuan Melayu (PTM)



PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
(PTM)



Punca Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
  • Kerajaan British membentuk satu Jawatankuasa Kerja bertujuan menggubal satu perlembagaan baharu bagi Tanah Melayu
  • Dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Malayan Union yang sebelum ini
  • Dianggotai oleh empat orang wakil Raja-raja Melayu, dua orang wakil UMNO dan enam orang pegawai British

Proses Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
  • Rundingan dan pakatan dibuat
  • Hasilnya, Jawatankuasa Kerja ini mengemukan laporan mereka dan diterbitkan pada Disember 1946

Penentangan Terhadap Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
  • Ekoran laporan yang dibuat, masyarakat bukan Melayu melahirkan bantahan mereka terhadap draf perlembagaan tersebut
  • Menubuhkan Majlis Tindakan Bersama Seluruh Tanah Melayu (AMCJA) dan dipimpin Tan Cheng Lock
  • AMCJA menggabungkan MDU, MIC, Liga Belia Demokrasi Baru Tanah Melayu
  • AMCJA mengemukakan enam cadangan baharu

Cadangan yang dikemukan oleh  AMCJA
  • Menubuhkan Dewan Undangan Pusat yang anggotanya dipilih oleh rakyat
  • Singapura disatukan dengan Tanah Melayu
  • Orang Melayu diberi tumpuan khas supaya berpeluang untuk dimajukan
  • Orang Melayu berhak ke atas hal ehwal adat istiadat dan agama Islam
  • Kedaulatan Raja-raja Melayu dikekalkan tetapi di bawah pelaksanaan Raja Berpelembagaan
  • Hak sama rata bagi seluruh penduduk di Tanah Melayu

Penentangan Terhadap Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
  • Orang Melayu yang berideologi lebih radikal mengemukakan bantahan terhadap draf baharu perlembagaan PTM
  • Terdiri daripada angota-anggota PKMM, API, AWAS dan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)
  • PUTERA kemudiannya mengemukakan empat cadangan yang mungkin membantu

Cadangan yang dikemukan oleh  PUTERA
  • Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara
  • Perkataan ‘Melayu’ sebagai nama kerakyatan bagi semua penduduk
  • Hubungan luar dan pertahanan hendaklah dipikul bersama antara Tanah Melayu dan Kerajaan British
  • Bendera kebangsaan mengandungi warna-warna kebangsaan orang Melayu

Penentangan Terhadap Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
  • Seterusnya, PUTERA berkerjasama dengan AMCJA lalu mengemukakan tuntutan dan cadangan baharu yang mengandungi 10 perkara dipanggil ’Perlembagaan Rakyat’ 
  • Ekoran peristiwa itu, British mula memberikan perhatian terhadap reaksi orang bukan Melayu
  • Pegawai-pegawai British dan orang bukan Melayu membincangkan cadangan-cadangan di atas perlembagaan baharu

Syarat-syarat Perlembagaan Baharu
  • 9 buah negeri Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka dimasukkan ke dalam Persekutuan tetapi Singapura dikecualikan
  • Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Suruhanjaya Tinggi British yang dilantik oleh Kerajaan British dan dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan
  • Sultan diberikan hak dan kuasa semula ke atas negeri masing-masing
  • Kerajaan negeri diberi hak ke atas kesihatan, pendidikan, tanah dan pertanian
  • Orang melayu diberi hak istimewa sebagai kaum Bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan dan Negeri

Kemunculan Parti-parti Politik Utama selepas Perang Dunia Kedua
  1. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
  2. Kongres India Malaya (MIC)
  3. Persatuan Cina Malaya (MCA)
  4. Parti Perikataan
  5. Parti Malaya Merdeka (IMP)

Rundingan Kemerdekaan
  • Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Umum 1955
  • Rombongan Tunku Abdul Rahman ke London
  • Hasil rundingan Perjanjian London ditandatangani pada 8 Februari 1956 dan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditetapkan pada 31 Ogos 1957
  • Akhirnya, perlembagaan Persekutuaan Tanah Melayu yang digubal telah diluluskan oleh Majlis Perundagan Persekutuaan pada 15 Ogos 1957 dan berkuat kuasa pada 27 Ogos 1957
  • Akhirnya, Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 .

Kesimpulan
  • Pelbagai idea yang telah dipelbagaikan oleh masyarakat terdahulu dalam usaha memaju dan melancarkan pentadbiran Tanah Melayu
  • Sebagai seorang warganegara Malaysia yang berjiwa patriotik, kita seharusnya menghargai usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu

Preapared by:

1. Akeem Ashraf
2. Muhammad Syahir Amri
3. Muhammad Hairi
4. Muhammad Fauzan5. Muhammad Hidayat
 

1 comment:

  1. Horse Tipsters - Vntopbet 11bet 11bet 메리트카지노 메리트카지노 다파벳 다파벳 2Harrah's Resort Atlantic City - Closest One Hotel to

    ReplyDelete